Pengenalan dan fenologi Bulbophyllum nocturnum

Bulbophyllum nocturnum mempunyai daun-daun 6.2 sentimeter (2.4 in) panjang dan 3.2 cm (1.3 in) lebar. Ia menghasilkan bunga berbatang hanya 5 mm (0.2 in) panjang, yang menanggung berjambak bunga terdiri daripada bunga tunggal. Bunganya berukuran sekitar 2 cm (0.8 in) panjang, dengan sepal diwarnai hijau kekuningan dan sedikit warna merah berhampiran pangkal; hujung bunga berwarna merah gelap, sementara disetiap kelopak bunga diwarnai merah kuning; kelopak apendej berwarna kekelabuan.[1]

B. nocturnum dipercayai satu-satunya spesis orkid untuk secara rutin kembang pada waktu malam.[1] Spesies orkid lain yang dikenali Dendrobium amboinense, telah dilaporkan oleh sesetengah bunga mengembang pada tengah malam dan menguncup sebelum tengah hari, manakala laporan lain menyatakan bahawa bunga ini juga kembang pada waktu subuh.[3] Pendebungaan B. nocturnum masih tidak diketahui, kerana masa bungan itu kembang sangat sekejap.[4]